Sunday, February 21, 2010

lestari permai - rumah terbengkalai di negeri selangor

1. lestari permai adalah salah satu projek perumahan di bawah pemaju TALAM COPR di negeri selangor.
2. projek ini mula dibina pada tahun 2003 dan dijangka siap menjelang 2005.
3. di bawah kerajaan BN dahulu, pelbagai usaha telah dibuat untuk berjumpa menteri-menteri BN sehinggalah ke PM, cuma YDP Agung je tak jumpa lagi. yang BN buat ialah bincang-bincang-bincang tapi hampeh sampailah BN ni tumbang di selangor.
4. bila Pakatan rakyat mangambil alih, pada nov 2008 kerajaan selangor telah membeli hutang TALAM sebanyak hampir 500Juta melalui Menteri Besar Diperbadankan. di samping itu, kemudiannya kerajaan selangor juga ada melancarkan tabung khas sebanyak 5 billion untuk manangani perumahan terbengkalai ni.
5. saya adalah meninjau mesyuarat lestari permai bermula jam 1.30pm tadi sehingga 5pm. antara yang hadir ialah pihak pemaju, kontraktor dilantik dan YB pakatan bhg perumahan YB Iskandar.
6. antara cakap-cakap yang kedengaran berlegar di antara permbeli ialah :-

a. projek berkenaan akan disiapkan menjelang ogos 2009.
b. ramai pembeli yang saya tahu pro BN memuji langkah kerajaan negeri mengujudkan dana khas rumah terbengkalai ini. ada juga di antara mereka yang berhasrat untuk menubuhkan cawangan baru PKR kerana sudah marah dan muak dengan BN yang gagal menangani isu ini dari awal.

7. dengan adanya dana khas ini, adalah dijangkakan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negeri selangor ke arah yang lebih positif. diharapkan perkara ini dapat menjadi contoh kepada negeri2 lain agar lebih prihatin dengan nasib rakyat golongan marhain. diharapkan jugak kerajaan2 ini lebih peka dan mengenepikan perlaksanaan projek2 yang kurang menguntungkan rakyat tetapi menguntungkan sekerat dua kroni sahaja.

No comments:

Post a Comment