Saturday, February 20, 2010

sapu jela wang ehsan tu

faktanya ialah :-
1. kerajaan mana-mana negeri di malaysia ditubuhkan atas sebab menang dipilih oleh rakyat. kerajaan pusat tiada hak pun dan tidak layak mentadbir wang royalti minyak mana-mana negeri pun di malaysia.
2. petronas yang sepatutnya mengagihkan wang royalti berkenaan kepada negeri-negeri berdasar semangat PDA.
3. wang ehsan kalau ikut kamus DBP bermaksud - wang yang diberi secara suka rela atas sebab simpati sebagai bantuan. (maknanya tiada kena mengena dgn hal minyak)
4. umno suka kalau nak selesaikan di mahkamah sekarang, sebab tu nazri aziz dan berahim ali beriye-iye mencabar untuk bawa ke mahkamah.
5. tiada seperation of power di malaysia. mahkamah di malaysia masih dipengaruhi oleh politik. kalau kelantan bawa ke mahkamah pun, belum tentu boleh menang. kes royalti minyak terengganu pada zaman mahathir boleh jadi contoh. kes drag bertahun-tahun tak siap. nak bising atau buat modal kempen politik pun dah tak boleh, nanti jadi subjudice pulak.

kesimpulannya ialah :
1. kalau la aku org kelantan sudah tentu aku sapu je wang ehsan tu dulu. dah tentu2 wang ehsan pemberian ikhlas dari kerajaan pusat.
2. lepas tu aku buat le isu minyak ni jadi modal kempen/
3. esok keadaan politik malaysia dah berubah, kelantan je boleh tuntut dari petronas segala tunggakan royalti yg tidak pernah dibayar secara tunai berdasarkan PDA kepada kelantan.

lagi untung mcm tu kan..

No comments:

Post a Comment